Biasiswa kerajaan Negeri Sabah merupakan satu inisiatif bantuan kepada pelajar-pelajar kelahiran negeri Sabah. Para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas SPM iaitu peringkat diploma ataupun ijazah disarankan untuk membuat permohonan BKNS ini.

Had Umur
- Bagi pemohon Diploma , pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
- Bagi pemohona Ijazah pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun
Kelayakan Akademik
Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh
sekurangkurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa
Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang
hendak diikuti.
Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
Kursus Ijazah Sarjana Muda
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh
sekurang-kurangnya gred B dalam empat (4) mata pelajaran berkaitan
dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah
diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang
setaraf. Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA. Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5
Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang
kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
Permohoann dibuka pada minggu ke 3 bulan mac setiap tahun.
(Permohonan masih belum dibuka setakat ini)
Link Permohonan: PERMOHONAN BKNS